About Me

My photo
diputrikan :Rabu 10 Rabi'ulAkhir 1392/ astrologers Sign :Gemini/ Lunar sign:Rat/ Life bless : God + family / Fave things : free oksigen ( alhamdulillah)/ Fave words : smile/ Personal reminder 1: dont give promises that u can't keep/Personal reminder 2: when you know you're able to erase your mistake that you going to do , you will tend not to think of what your going to do at the first place..ceh !!/ important self-reminder : masalah,kembali pada Allah.

Thursday, November 15, 2012

salam maal hijrah 1434H


Salam adik-adik ,
best tak kita main sembunyi-sembunyi dan terus tak berbunyi bunyi lama-lama macam ni ?
aman damai dunia kan ?
kak jun kembali seketika dengan membawa cerita lama ..sebab kak jun ni pun dah masuk katoeri orang lama .. ( lama dan semakin  lemau !! - masuk angin jah oii)
adapun selalu dengan alasan standard nya yang  masa-tak-cukup-time . memanjang ..

salam maal hijrah 1434H untuk semua dan berkebetulan jatuh pada khamis 15November 2012 , selang 2 hari je dari perayaan depavali ,kak jun masih mendak dengan sedawa muruku dapat percuma.. dan ramai yang sambung cuti .. tahniah untuk anda , anda dan anda semua yang bercuti , bertambah lagi tengah musim cuti sekolah ... jangan di sambung dengan cuti sakit demam udah le .. sakit poket tu , harus kiranya ..

dalam masa kita melangkah ke tahun baru dengan catatan buku baru ni , semoga mukadimah nya pun di mulakan dengan yang elok elok jua , apa yang perlu di updateakan  dan upgrade kan tu , buatlah setakat mampu, yang penting niat yang baik berserta ikhlas .. pelan pelan kayuh jah ..

 tak sempat rasanya nak berkongsi sirah hijrah yang baru , jadi buat sementara ni baca je lah entry yang lama ni yea , releven lagi nih .. insyaAllah , ada rezeki ,nanti kak jun karang sirah hijrah yang baru yea .. lagi 2-3 tahun lagi kot !!!

 cobaan !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lauh al-Mahfudh means: A guarded tablet in the Seventh Heaven. The Holy Qur'an was first written on the Lauh al-Mahfudh in its entirety before it was sent down to the Baitul 'Izza in the First Heaven.

.....dan di jua di kumpulkan semua ‘report-card’ kita .. catatan untuk setiap saat, setiap menit , setiap jam , setiap hari , setiap minggu , setiap bulan dan setiap tahun ,tahun berganti tahun , selagi hayat di kandung badan .. semuga tahun baru hijrah kali ni di mulai dengan ‘catatan’ yang baik-baik jua ...ameen , ya Raabbal a'almin.
.........................................................................................................................

SALAM MAAL HIJRAH 1434H!!



Biasanya menjelang tahun baru hijrah , sering kita di sogokkkan , tak , tak best ayat tu , kita sering di perdengarkan dengan sejarah mulanya Hijrah Rasullullah . Tak , ianya tak pernah menjemu kan , malah saban tahun menunggu kisah sejarah tu di ceritakan semula , ulang , berulang dan terus di ulang , Harap maklum saja lah ye , urat pelupa kak jun masih tebal.

Jadi , untuk entry maal hijrah kali ni , kak jun nak berkongsi cerita lah dengan adik-adik kak jun kat sini , sebelum kak jun jadi pelupa balik !!

Tapi sebelum tu kak jun nak habaq dulu , sejarah Hijrah ni banyak diceritakan dalam banyak versi , dan kak jun sendiri membaca dan mendengar dari beberapa forum dan ceramah penceritaan yang lain-lain versinya , namun yang pasti , nama , tempat , tahun hijrah tetap sama . Dan di antara yang kepelbagaian tu , Kak Jun pilih salah satu versi yang cukup menarik hati kak jun dan sering kak jun ceritakan balik pada keluarga kak jun , kini kak jun nak berkongsi dengan adik-adik kak jun kat sini ..
Semua maklum bahasanya Nabi kita berhijrah pada bulan Rabiulawal dan bukan bulan Muharram lah kan , namun dek Khalifah Umar r.a nak menyeragamkan penetapan bulan Islam , maka dalam dalam satu meeting kabinet ( cewah !! ), telah memilih muharam sebagai permulaan tahun hijrah , untuk tahun tersebut , sebagai titik tolaknya bermula tahun baru Islam . Contoh nya , kalau pilihan tahun Masihi , kita ambil Januari lah , bukan bulan Mac sebagai tahun baru .. walaupun peristiwa tahun baru tu jatuh pada bulan Mac..

Jadi , walaupun tahun hijrah bermula pada 1 muharram , namun peristiwa hijrah ni jatuh pada hari Isnin 12 Rabiulawal , kerana Baginda selamat tiba di Medinah ( pada masa tu di panggil Yathrib) , tepat pada hari itu , pagi itu sebelum dzuhur , bersamaan dengan bulan September 622 Masihi , tahun … err..apa yea .. tak ingat , tapi yang pastinya bukan tahun siput ! .. Demikian lah menurut catatan sajarah yang masyurrrrr.. wallahua’alamm..


NI kak jun nak imbau balik ni .. sewaktu kak jun menunaikan umrah bersama adik dan ayah+bonda dolu-dolu , kak jun diberikan rezeki dari Allah SWT untuk menyusuri jalan-jalan sejarah peristiwa hijrah , dan itu menjadikan kak jun ‘lebih’ faham dan merasa lebih dekat dengan apa yang pernah Saidina Abu Bakar r.a dan Baginda Rasul , lalui , tapi yang pasti , apa yang mereka lalui adalah lebih hebat dan lebih jerih lagi .. jadi kali ni kak jun nak bawa adik-adik kembali ke suasana tersebut , tak banyak sikit pun dapatlah yea sama-sama kita rasai jejak-jejak semangat kasih Baginda pada Allah dan Islam yea ..

( dan akan nampak juga , muka kak jun berkali-kali enter-frame kali ni .. blog sendiri lah katakannnnnnnnnnnnn)

Ok … let’s hijrah ,
Saidina Abu Bakar berhijrah dari Mekah ke Medina , di temani oleh Rasulullah ( SAW )
Kak jun berhijrah Umrah dari Malaysia ke Medina/Mekah menemankan ayahbonda dan adik

Rasulullah (SAW) , berhijrah dengan menaiki unta dan ‘berlindung’ di puncak Gua Tsur dengan beralaskan pasir .
Ayah+bonda berumrah dengan kapal bersayap dan ‘transit’ di Kuwait , dan merehatkan badan di atas sofa …
Peredaran masa , perubahan alam , namun sejarah tetap sejarah ..
Sejarah mengisahkan , orang-orang Quraisy telah bermesyuarat dan berpakat untuk mengkap Rasulullah , ada versi kata nak bunuh Rasulullah , sebab cukup marah dengan ajaran yang di bawa Rasul ini , dan Allah memerintahkan Jibrail sendiri untuk menyampaikan berita ini dan perintah untuk berhijrah keluar dari Mekah , kepada Baginda , Baginda amat sedih , terpaksa meninggalkan rumah , kampung halaman , malah tanah tumpah lahir Baginda sendiri ... namun demi sayangkan Islam dan syiarnya , Baginda akur ..
.. sewaktu hampir kepada peristiwa hijrah ini , sahabat Baginda , Saidina Abu Bakar , datang berjumpa Nabi dan bertanya :

“Ya Rasulullah , bila pula tiba giliran ku untuk keluar dari kota ini ?”

Harap maklum, masa tu , umat kafir Quraisy dah declare nak kerjakan sesapa saja yang didapati berpaling dari ajaran datuk moyang mereka lah kan ..kiranya cam lagak samseng tailong gitu .. rasanya Abu Jahal ni pengasas tailong kot ? .. memang teruk di dikerjakannya kalau dia tahu jika ada sesapa yang secara senyap-senyap mengikuti ajaran Nabi ..
Jadi ramai dah yang keluar secara senyap-senyap dari kota mekah tu , berhiijrah.

Rasullullah , dengan lembut , menjawab “ sabar lah dulu , wahai Abu Bakar !”

Tika , Saidina Abu Bakar bertemu lagi dengan Rasullullah , beliau , bertanya lagi :-

“ Sudah tibakah giliran ku untuk berhijrah , Ya Rasulullah “

Di jawab lembut oleh Rasulullah “ bersabar lah , wahai Abu Bakar”

Untuk kali ke 3 , Abu Bakar , berjumpa Rasulullah dan bertanya lah lagi

“ Bilakah giliran ku , wahai Rasulullah”

Rasulullah pun menjawab:-

“ Bersabarlah sahabat ku , Allah akan menyediakan teman untuk kamu berhijrah “

Jadi , mendengarkan jawapan Rasulullah tu , Saidina Abu Bakar ( tapi sebutannya Baq) pun pulang ke rumah dan mula membuat persediaan , walaupun pada waktu itu beliau tak tahu sapa lah akan yang menemankan beliau berhijrah , namun beliau tak de balik goyang kaki , tunggu tunggu relex relex aje lah kan .. dan mulalah membuat persediaan , mengatur perancangan supaya bila tiba teman yang dijanjikan Allah tu , mudahlah untuk mula berhijrah ..
Memang bijaksana .

Strategi bijaksana Saidina Abu Bakar bermula , Beliau menyuruh Amru Bin Suhail supaya mencarikan 2 ekor unta betina , kenapa betina , bukan unta jantan ? sebab unta betina ada susu nya , unta jantan ..er..err .. faham-faham je lah ..

Dan juga menyuruh Amru l mencari berpuluh-puluh ekor kambing untuk mengikut rombongan beliau dari jarak yang tertentu , supaya tapak-tapak kaki kambing tersebut dapat menutup jejak-jejak kaki unta beliau .. bijak-bijak !

Dan berpesan pada anak perempuan beliau bernama Asma’ untuk menyediakan makanan seberapa lama yang dia mampu

Juga berpesan pada anak lelakinya – Abdullah , supaya pasang telinga , pi dengarkan apa-apa maklumat dari tentera-tentera Quraisy tu nanti .

Sementara tu adik-adik , ada seorang pemuda yang gagah perkasa dan mantap ( mantap tu kak jun yang tokok tambah nyer ) , tak suka , sungguh bosan lagi stress dengan keadaan ni , kenapa kalau nak keluar dari kota Mekah ni , kena senyap-senyap , sembunyi-sembunyi semua tu lah kan ..

Maka , beliau pun pergilah ke kawasan lapang di depan Kaabah yang masa tu penuh dengan tentera dan pemuda-pemuda kafir tengah melepak kat sana , dan dengan lantang pemuda ini bersuara :-

“seandainya ada kaum ibubapa yang tak ingin kehilangan anak lelaki , para isteri ingin mahu menjadi janda , keluargaa tidak mahu kehilangan adik atau abang mereka , maka jangan lah sekali-kali cuba menghalang daku dari melakukan penghijrahan”

Punya lah ramai orang kafir yang mengelilingi pemuda ini , tapi sorang pun tak berani tampil untuk melawan dan menjawab pemuda yang bertempek tu , kerana aaaapaa ?

Kerana , dah sedia maklum sangat lah siapa pemuda ini sebenarnya ... yang bernama Umar Bin Khattab..( yang mantapp!!) .. iyaah , Rata-rata penduduk Mekah sudah kenal siapa sebenarnya Umar Bin Khatab ini ! tentang dia , tentang rekod-rekod peribadinya , tentang prestasi cemerlangnya , juga imej nya yang jenis “ cakap serupa bikin “ dan “bikin serupa cakap” . Maka adik-adik , kekalkan lah prestasi cemerlang , terbilang dan gemilang adik-adik , supaya cerah masa depan .. dan maka itu jugalah dapat lah beliau berhijrah tanpa ganguan ..

Berbalik pada kisah Rasullullah dan Saidina Abu Bakar tu tadi , akhirnya pada 17 September tahun 622 Masihi , tibalah giliran Baginda berhijrah . Dan mula menyediakan persiapan .

Kediaman Rasulullah ni , kita pun tahu , serba kekurangan , tapi pada waktu itu , dalam rumah Rasulullah ni penuh dengan barang-barangan berharga , banyakp pulak tu , sapa punya ? hah ! kalau nak tau , tu semua milik orang-orang Quraisy yang keluar kota , jadi barangan berharga mereka , mereka mintah Rasulullah jagakan ..cam kes Safety case kat bank la tu yea.. sebab apa ? sebab sifat “ Amanah” yang dimilik Rasulullah ..

Rasulullah ni kan adik-adik , walaupun Baginda dikeji , di hina , di buli , di kutuk , tapi bila bab nak cari orang untuk jaga barang mereka , orang yang di hina , dikutuk tu jugak yang di carinya ... jaga percuma je ..! sungguh tak tercapai dek akal kita , bila mendengorkannya . Tapi itulah sifat terpuji Junjungan kita ..

Jadi , Rasullullah pun memanggil Ali untuk menggantikan tempat Baginda, dan meminta menjagakan semua reta-menda ni semua , yang ni siapa punya , yang tu milik sapa , yang tang ni sapa tuannya dan tang hujung sana sini sinun , sipolan dan polan dan polan punya. Tak de satu pun yang Nabi tertinggal kan . Setiap satu persatu , siapa pemiliknya .. Dan juga bertujuan untuk menggantikan tempat Baginda , supaya tentera Quraisy masih menjangkakan Baginda masih berada di dalam rumah lagi .

kalau kak Jun ? pi jual kat tauke re-cycle ...

Dan adik-adik , waktu yang sesuai berhijrah adalah diantara pukul 1-2 pagi , kerana waktu ni , keadaan sepi dan senyap ..orang-orang sekarang pulak waktu sebegini adalah waktu yang sesuai untuk cabut pindah dari rumah sewa sebab tak mampu nak bayar lagi … boleh gitu statement kak jun adik-adik ?? .. statement cari nahas namanya tu ..

Ok..sambung lagi ..

Sewaktu Rasulullah SAW , membuka pintu rumah Baginda , kelihatan begitu ramai pemuda kafir quraisy berkampung di hadapan rumahnya .. penuh disekeliling ..

Maka Baginda pun , memulakan perhijrahana dengan membaca surah Yassin , ayat 1-9 ( pi carik sendrik kat tafsir Quran sana tu , jangan malas , lincah-lincah skit !! ) , dan bertawakal pada Allah dan berjalan-jalan seperti halimunan .. , menuju ke rumah Saidina Abu Bakar ..
Setiap kali tiba pada part ni , hati Kak Jun , selalu sebak .. hati dan perasaan tentu terasa pilu dan sayu lah kan , bila terpaksa tinggalkan rumah sendiri , keluarga ,kampung halaman , dimana di lahirkan dan dibesarkan , dalam keadaan yang begini dan tak tahu bila dapat kembali lagi ..


( nota : ayatYassin 1-9 ni boleh di amalkan ketika kita benar-benar perlukan , jangan di salah gunakan amalan ayat ni , berangan nak jadi orang minyak ke , nak lari dari cukai kastam ke , apa ke dengan niat yang tak betul .. ayat ni medium je , yang ada power VETO tu , tu hah ! Allah Subhanauwata’ala .. ingat tau !! )

Saidina Abu Bakar , bagaimana pun , memang tak tahu , siapa lah yang akan menjadi teman beliau berhijrah , sentiasa sabar menunggu di rumah , sehingga lah pada hari dan waktu tersebut , dimana pintu rumah beliau di ketuk , dan tatkala di buka kan pintu dan melihatkan wajah Rasulullah .. tahu lah beliau , siapa teman beliau dan inilah masa untuk mereka sama-sama berhijrah ..

Dan bersiaplah dengan bekalan dan bermula lah perancangan dan strategi yang telah di atur awal-awal tadi . Motifnya apa adik-adik ? .. nak jalan jauh , minyak kereta biar kat level F , jangan kat level E ( F tu apa ? dan E tu apa ? ... F tu Full , E tu Enough ..... enough for another E - End .. ( mati, katanya !! )

Dalam perjalanan , perancangan di mulakan , bersama 2 ekor unta betina dan bekalan , Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar menyusuri kegersangan padang pasir di waktu malam yang sungguh gelap , dan di ikuti oleh Amru bersama-sama berpuluh-puluh ekor kambing pada jarak tertentu untuk menghapuskan jejak-jejak yang ada , Asma’ mula menyediakan makanan manakala Abdullah , pergi ke kawasan tentera Quraisy seperti yang di arah .. begitu bijak sahabat Rasulullah ini .

Sepanjang perjalanan dengan bas dari Mekah ke Medina , hanya ini je yang kak Jun nampak . Padang pasir dan kawasan yang cukup-cukup lapang dan luas , dalam bas ni ada juga pendingin udara , kat luar tu sebenarnya terik matahari cukup berbahang mengigit kulit ... Bayangkan lah adik-adik , perjalanan Hijrah Rasul yang hanya berpayungkan awan .. terusik hati ..
Dan , tatkala tentera Quraisy ini mengetahui , apa lagi , mengaum-ngaum marah lah kan , lantas terus sahaja mengarahkan bala tentera-tenteranya ke sana , sini , situ , sinun , depan, belakang , kiri , kanan ,atas , bawah, tengah , tepi , timur , barat , utara , selatan , timurlaut , timur darat , barat daya , barat laut , tenggara dan tah apa lagi penunjuk kawasan yang ada yang kak jun tak bleh nak hinggat lagi dah ni … pi berkejar , bertempiar, mereka berkerah pi mencari …

Perjalanan yang panjang dan gelap , di kawasan terbuka , sungguh menyukarkan , dan penat. Setelah jauh berjalan , Baginda dan Saidina Abu Bakar mencari tempat perlindungan, memilih gua-gua yang kelihatan di tengah-tengah padang pasir tersebut .Mencari tempat perlindungan , bukanya senang , sebab perlu mencari tempat yang sukar di jejaki oleh orang-orang kafir .. lalu Baginda , memilih gua tsur untuk beristirehat seketika dan berlindung .

Jabal Tsur
Errr…errr..zaman Rasulullah , pemacar letrik tu tak ada lagi yea adik-adik , tapi bukit tetap bukit yang sama , Bukit Tsur atau di panggil Jabal Tsur .. nengok kan keadaan nak naik ke bukit tu je , lutut kak Jun dah berderap derup ..
Pendakian Baginda dan sahabatnya ke puncak gunung tu begitu sukar , udah le berjalan berbatu-batu jauhnya , dan ditambah mendaki bukit yang penuh dengan batu-batu , sungguh sungguh meletihkan dan menduga keupayaan ..
kak jun pun PENAT .. apatah lagi , semasa pendakian , kaki kita hanya memijak bongkah-bongkah batu yang tegak , tengah , tepi , senget , dan juga LICIN !! .. banyak juga batu-batu kecil yang kalau salah pijak , kita boleh menggelunsur sama , bergoyang-goyang badan dibuatnya ( kak jun kata goyang yea adik-adik ..bukan gelek ..hah !!) .. kak Jun pergi waktu terang , sedangkan Baginda Rasul di waktu itu , hanya bersuluhkan cahaya bulan .
The Bongkah Batu or Batu Bongkah ..

Pemandangan dari atas bukit , dari separuh perjalanan . Lihat dan renunglah , begini kiranya pemandangan zaman itu ( cuba bayangkan tanpa pemandangan rumah dan bangunan tu semua lah ..) beralun-alun bukit-bukit , lurah-lurah ...
Sekali lagi kak jun katakan : BAYANGKAN lah atau IMAGINASIKAN lah , betapa sukarnya ..

dan ada ketikanya , kami ketemu jalan mati ..
Setibanya di puncak Jabal ( Bukit) Tsur , betapa kasih dan sayangnya Abu Bakar kepada Rasulullah , berkali-kali beliau keluar masuk ,keluar masuk ke dalam gua tersebut untuk memeriksa keadaan didalam gua , supaya bebas dari segala binatang yang berbisa ..Bila beliau dah berpuas hati , barulah di ajaknya Baginda masuk dan beristirehat di dalamnya .

Disini , kita dapat lihat , betapa Allah bersama-sama orang yang sabar dan beriman . Allah memerintahkan labah-labah membuat sarang di mulut gua tersebut , dan burung merpati membuat sarang dan bertelur di hadapan gua itu .


...dan akhirnya kami bertemu Gua TSur .. ayah + Bonda di 'mulut' gua , inilah rupa 'pintu masuk kedalam gua Tsur , sekali lagi , sila ketepi kan 'hampar permaidani' dan sandal biru bonda tu dari imaginasi anda .. dan gantikan dengan membayangkan sarang labah-labah yang menutupi mulut gua dan sarang burung merpati di depannya ....
Jadi , spider dan Dove – kita boleh geng lah , kalau spider jatuh atas kepala , jangan terus nak hempuk dia , pelan-pelan halau dia , sebab dia baik , tapi kalau black widow atau tarantula yang landing – rasanya , baik mengucap 2 kalimah syahadah dulu lah kan …

Penghijrahan Rasulullah ini , bukan untuk berpiknik atau bersuka-suka yea adik-adik , jadi keperluan memang tak ada . Manalah nak bawa bantal, tilam , swiss knife segala . Betapa , ketika S.Abu Bakar melihat wajah Nabi yang amat keletihan dan kepenatan tu , beliau meminta Rasulullah untuk tidur seketika , dan beliau akan menjaganya .
Sekali lagi , sejarah merakamkan , betapa tingginya kasihnya S.Abu Bakar pada Junjungan Rasul , demi untuk keselsaan Baginda , A.Abu Bakar menyuruh Baginda tidur beralaskan ribaannya .

Dapatlah Rasulullah , melelapkan , berehat seketika , menghilangkan lelah .
Walaupun awalnya tadi S.Abu Bakar dah periksa habis area dalam gua tu dan merasakan selamat , namun ketika beliau menjaga Rasulullah dalam gelap gelita tu , beliau di sengat seranga berbisa . Bila di kata berbisa tu , memang berbisa . dan beliau tahan , menahan sedaya yang boleh , tak bergerak-gerak , supaya tidak menggangu tidur Rasulullah .

Tapi punyalah bisa , dan tahan untuk tidak mahu bergerak sehinggakan gugur air mata S.Abu Bakar , air mata tu berlinang dan jatuh menitis ke pipi Rasulullah .. lalu baginda , tersedar dan bertanya ,
“ kenapa dikau menangis ya Abu Bakar ?”
“tiada apa-apa ya Rasulullah , Cuma aku menahan sakit di sengat serangga berbisa” ..

Ok , part ni kak jun TERLUPA apa surah yang dibaca oleh Rasulullah untuk membantu mengurangkan tanggungan sakit yang di alami S.Abu Bakar .. sapa-sapa yang tahu , sila INGATKAN kak jun semula .. sekian terima kasih ..


sedang orang lain berehat , menghilangkan lenguh dan lelah , berselawat dan bersyukur , kelihatannya kak jun di belakang sedang ramah bertemu ramah tetamu lain yang turut kak jun jumpa dalam expidisi ini .. sesungguhnya kak jun amat berpegah teguh pada pepatah " Jangan segan-segan , buatlah macam Gua sendiri " ..
keadaan dalm gua yang agak 'sempit' dan tak boleh langsung berdiri , masuk pun dalam keadaan membongkok atau merangkak .. dan ...gelap , sungguh gelap pada waktu malam , disini lah Baginda pernah berbaring di ribaan Saidina Abu Bakar , disini lah Saidina Abu Bakar mengalirkan air mata digigit binatang berbisa .. tak, tak de lagi , beratus tahun mati dah serangga tu , kalau hidup lagi ..errr.. tu bukan serangga lagi lah kot ..
Tatkala merasakan bahawa , keadaan selamat , maka Baginda Rasul dan sahabat pun keluar untuk menyambung perjalanan semula .
Sebagaimana sukarnya perjalanan mendaki ni , perjalanan untuk turun lebih perlu hati-hati .Lantas , Rasulullah saw dan sahabat meneruskan perjalanan ..
kak jun terlupa sapa tukang ambil gambar ni , tapi yang pasti , pada waktu ni , dia memang terror bab balancing badan , sebab lalua si sini sedikit curam dan ..senget .. atau kak jun sorang yang rasa senget ..atau kak jun sendiri yang SENGET ??? .. tapi memang kat sini , rasa susah skit nak ngatur langkah.. ke , kak jun sorang rasa susah sebab bonda ni STEADY jerrrr..

 .Pemuda yang bersluar putih ni adalah mutawif sambilan , berasal dari Indonesia dan amat baik bangat ama kedua bonda dan ayah kak jun , maka nya, kak jun punya lebih masa untuk jalan sana, jalan sini, pusing sana lagi pusing sini dan ..sesat .. pada muka gue !! .. di kaki Bukit Tsur , bergambar selepas turun , dan dimana-mana jua di kawasan sejarah , memang akan sentiasa ada signboard sebesar ini .. motif gambar ni bukan untuk tunjukkan Cik Senah berseluar merah ni tapi , nak berkongsi tunjukkan yang ni:-
di papan tanda ni ada 5 bahasa yang ditulis sebagai pemberitahuan/notis/penjelasan.. yang mana untuk bahasa Melayu . bunyi bahasanya cenderung ke arah Bahasa Indonesia . Antara yang di catatkan :-
Saudara kaum muslim yang berbahagia :
Nabi Muhammad SAW tidak mengajarkan kita , untuk naik ke atas gunung ini, begitu juga sholat ( dalam gua ) , mengutip batunya , mengikat pohon-pohonnya dan mengambil tanah , batu dan sebagainya .
Amal kebajikan adalah dengan cara mangikuti sunnah Nabi SAW , maka janganlah anda menyakitinya
Allah berfirman ( yang bermaksud) : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah suri tauladan yang baik bagi mu .

Insya-Allah ..
..sambung cerita , panjang tul iklan dari pihak penaja ni ..
Tingginya rasa kasih dan sayang S.Abu Bakar ni , sepanjang perjalanan tersebut , sekejap-sekejap dia akan lari ke belakang , sekejap lagi , lari-lari ke depan , dan kekiri , ke kanan .. Rasulullah sepanjang jalan sentiasa membacakan ayat-ayat suci Al-Quran , lantas bertanya pada sahabatnya ini ..

Wahai , sahabat ku , ku lihat akan kamu berlari-lari , sekejap ke hadapan , sekejap ke belakang , dan ada kalanya ke kiri dan kanan ?”

Wahai Muhammad , hamba merasa takut ,, bukan takut pada keselamatan hamba , tapi takut jika ada apa-apa yang berlaku ke atas diri mu , jika ada yang mendatang dari belakang , biarlah hamba yang menahannya , jika ada yang datang dari depan , biarlah hamba yang menerimya dulu dan sekiranya ada dari kiri dan kanan , juga biarlah hamba yang melindungnya ..

Namun , , terdapat seorang pemuda upahan tentera quraisy bernama Surakah Bin Malek yang dapat mengejar dari belakang . Surakah ini seperti pemuda belia yang lain , tergiur pada hadiah 100ekor unta bagi sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah .Saidina Abu Bakar mula merasai takut , lalu Rasulullah menenangkan dengaan membaca :-

“ at tauban la tahzan in namakum ma’ana”
Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama-sama kita

Manakala Si Surakah tetap mengejar dari belakang

Baginda bertanya: “Kenapa kamu menangis?”
Abu Bakar menjawab: “Demi Allah, saya menangis bukan karena takut terhadap keselamatan diriku akan tetapi saya takut terhadap keselamatan diri mu ,
Lalu Baginda memohon keburukan atas Surakah denagan berdoa: “Ya Allah, cukupkanlah dia dari kami dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.”

Si Surakah bin Malik terus mengejar dan mengejar dan mengejar dan mengejar Rasulullah saw dengan kudanya, tetapi ketika ia hampir mendekati Rasulullah saw kaki kudanya tersandung batu, jatuh . namun dia meloncat kembali ke punggung kuda untuk meneruskan pengejaran, tetapi…sekali lagi , kembali terantuk batu. Walaupun begitu ia tidak putus asa bahkan memasang anak busur dan anak panah hendak membidik Rasulullah saw , lalu kaki kudanya tersandung batu lagi yang ketiga kalinya. Maka tiba-tiba kaki kuda Surakah terperosok ke dalam tanah yang keras hingga perut kuda menyentuh tanah.”..
Setelah itu Surakah bin Malik mengurungkan niatnya untuk membunuh Rasulullah saw. Dan mendekati Rasulullah saw sambil meminta maaf. Lalu Rasulullah saw sambil tersenyum memaafkan.

( akak pun nangis .. suspens sungguh lah !!)

Dan Abu Bakar menulis surat perintah pengampunan diatas sepotong kulit
(Ibnu Hisyam, As-Sirah an-Nabawiyyah, Jil. I, hal. 488-490)

Pada saat pengampunan itu , Surakah meminta jaminan, bila nanti , Rasulullah saw berjaya membina Islam , dirinya tak dizalimi .. dan Rasulullah berjanji akan memberikan gelang ornamen Raja Kaisar Persia terbuat dari emas dan kamu akan memakainya .

Pada waktu tu , kerajaan Persia dan Raja Kaisar tu sendiri memang cukup terkenal dan kuat , sebab tu di panggil Raja Agung Kisra . Gelang yang di pakai oleh Raja itu pada tika itu sendiri cukup terkenal , lambang kekuatan dan keagungan empayar Kisra .

( Janji Allah dan Janji Rasulullah adalah benar yea adik-adik , sebab apa yang di janjikan Junjungan kita itu , iaitu selepas 24 tahun kemudian ketika kekaisaran Persia jatuh ketangan kaum muslimin pada masa Khalifah Umar bin Khattab. Dan pada waktu Surakah bin Malik diutus Khalifah ke Persia . Di sana beliau melihat kan gelang Raja Kisra itu lalu memberitahu tentang apa yang dijanjikan Rasulullah dulu , dan dengan itu Khalifah Umar sendiri yang mengambil lalu diberikan kepada Surakah )
(Muhammad Zurkani, Syarhul Mawahib al-Laduniyah, Jil. I, hal. 419).


Ada lagi tak kes perjanjian cam tu sekarang ni yea ? selalunya kes kalau dah terlalu lama , kita main ‘mintak-halal’ je lah kan … contoh ayat jee !!
Selepas kejadian tersebut , S.Abu Bakar dan Rasullullah saw meneruskan perjalanan mereka , dan seleps 3 hari berjalan , Baginda tiba di Quba , yang jaraknya kira-kira 3 miles ( batu lah ) dari Yastrib ( Madina) , disini Baginda membina masjid yang pertama , yang di dikenali Masjid Quba ..




kak Jun , Huda dan Allahyarham Noor , di depan Mesjid Quba .. kak jun tak pasti sesangat sama ada ini ada lah gambar di depan mesjid Quba atau mesjid Qiblatain .. tapi hati kuat kata ni Mesjid Quba , sebab ketika di Mesjid Qiblatain , kak jun tak kisah ber klik-klik , kami tengah kecoh menunggu 2 orang ahli rombongan yang tertinggal bas !! ..memang macam-macam kisah adaaaa...
apa pun , ini adalah bangunan Mesjid Quba yang sebenarnya yang kak jun ambil dari Internet , tapi bila photo ini di ambil , wallahua'alam ..
Semasa di Quba , satu lagi kejadian istimewa berlaku .
Di Quba ( atau Kubah) , baginda bertemu dengan sorang wanita.
Wanita itu sudah tua .
Wanita tua itu bernama Ummu Ma’bad .
Ummu Ma’bad membela kambing.
Kambing Ummu Ma’bad kambing betina .
Kambing betina Ummu Ma’bad juga sudah tua .

Gejala mengong kak jun udah menjelma ..
Ya Ampun .!!.

Maaf yea adik-adik , ada ganguan virtual dan spiritual yang tadak intelektual ..

Semasa di Quba , betapa Allah swt ingin membuktikan kebesaranNya dan kelebihan yang ada pada Rasullah Nya , berlaku satu peristiwa yang bersejarah , yea adik-adik .
Semasa di Quba ini , Rasulullaj saw bertemu dengan seorang ibu tua yang bernama Ummu Ma’bad . Ummu Ma’bad , ada membela kambing . Melihatkan pada keaadan ini , Rasulullah menghampiri Ummu Ma’bad untuk meminta sedikit air susu untuk dibuat minuman . Ummu Ma’bad berkata , “ Sila lah wahai tuan , sedangkan kambing ku ini sudah tua , dan sudah lama kami tidak beroleh susu dari nya “

Rasulullah meminta izin “ Boleh saya sentuh kambing itu, wahai Ummu Ma’bad “
Ummu Ma’bad pun membenarkan ..

Maka Rasulullah pun mengambil 3 bekas minuman , dan mula menghampiri ke arah kambing betina tua itu , lalu menepuk-nepuk perlahan badan kambing tersebut .
Selepas itu , Rasulullah mula memerah air susu kambing itu , dengan izin Allah jua , dapat penuh 3 bekas air itu dan di berikan kepada S.Abu Bakar dan juga kepada Ummu Ma’bad .

Dan di perahkan lagi air susu tersebut sehingga penuh semua bekas air yang ada di tempat Ummu Ma’bad . Dan tatkala Abu Ma’bad pulang , ( Abu Ma’bad ni merantau . jadi jarang-jarang le balik , sekali sekali je balik , tak selalu-selalu balik ..) kehairanan lah dia tatkala melihatkan tadahan air di rumah , penuh dengan air susu .. lalu Ummu Ma’bad pun menceritakan lah kisah benar yang benar-benar berlaku di tempat kediaman mereka ituu..

Moral of the story : Hormatilah tetamu kita , di sambut dan dilayan seadanya dengan ikhlas , kalau tadak bela kambing di rumah untuk diberikan susu sekali pun tak apa , biskut lemau cicah kopi pun bleh.. yang penting ikhlas , .. tetamu yang datang , bila mereka pulang , mereka meninggalkan sebahagian rezeki mereka pada tuan rumah , ni Ustaz yang berpesan lah ..

tapi kalau tailong datang , harus larikkkkkkkkkkkkk....

Dan selepas 3 hari berada di Quba' , pada hari Jumat 12 Rabi'ul Awwal 1 H bertepatan dengan 24 September 622 M Rasulullah meninggalkan Quba menuju Yatsrib.

.. di sambut kedatangan Rasulullah saw dan S.Abu Bakar , dengan penuh rasa rindu,cinta dan dan kasih oleh para penduduk Medina (Medina).. seperti sebahagian petikan yang kak jun telah baca di bawah ini ,

Cintanya kaum Anshor terhadap Rasulullah SAW telah ditunjukan oleh mereka dengan cara menyabut kedatangan beliau ke kota Madinah yang digambarkan dalam hadits Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Urwah bin Az-Zubair ra, sebagai berikut: “Orang-orang Islam di Madinah mendengar kepergian Rasulullah SAW dari kota Makkah, maka mereka hampir setiap pagi pergi keluar kota di padang pasir untuk menunggu kedatangan Nabi SAW dan tidak pulang ke rumah hingga terik matahari di siang hari mengusir mereka.
Pada suatu hari karena lama menunggu, mereka kembali kerumah, setelah mereka sampai di rumah masing-masing, ada seorang yahudi yang mendaki ke tempat yang tinggi di salah satu benteng untuk melihat sesuatu, tiba-tiba ia melihat Rasulullah SAW bersama para sahabatnya mengenakan pakaian putih dari kejahuan menerobos fatamorgana. Sehingga tanpa disadari ia berteriak dengan suara yang tinggi: “Wahai orang-orang Arab inilah pemuka kalian yang kalian tunggu-tunggu”. Maka dengan serempak mereka berhamburan, membawa pedang untuk menyambut kehadiran Rasulullah SAW di tengah-tengah padang pasir.”
Subhanallah! Betapa dalam rasa rindu mereka ingin menyambut kehadiran Rasulullah SAW hingga mereka mondar-mandir setiap pagi ke padang pasir menunggu kehadiran beliau dan tidak pulang ke rumah hingga terik matahari di tengah siang yang mengusir mereka agar pulang ke rumah masing-masing."


.. ehemmm.. ada orang kata perasaan tunggu gaji masuk akaun tiap hujung bulan pun cam tu gak yea.. ish ! ish ! ish !


dan satu lagi, tempat yang sering kita lalu tapi selalu tak perasan masa di Jeddah ialah Makam Ibu kita .. Siti Hawa ( kalau tipu lah si mutawif tu , tipu lah jun .. maka kita suma tertipu lah tipah yea ) , dan juga laut merah ..

"ini botol air " - kata adik kak jun yang berbaju biru dan berkaca mata gelap "dan itu kakak saya yang mewarisi hobi bercekak pinggang dari ayah saya sambil menjaga kotak yang berisi makanan untuk rombongan kami semua .. mandor gila kuasa"
"dik , ghasa-ghasanya lah , kalau kak Na , terjun berenang dari sini terus balik ke Malaysia , brapa hari boleh sampai yea .. ala bukannya boleh tenggelam pun , laut ni kan masin , terapung-terapung pun boleh sampai apa .. eh !
Dey Cik Kak !! ni laut Merah lah , bukan Laut Mati !! laut mati yang ko boleh terapung cam boya 44 hari pun tak mendak !! kak sini kalau tak reti renang , ko yang MATI !! - statement Maut adik ku ittiew ..

Jemput makan semua !! , Jamuan ringan di Mesjid ( lupa-namanya) di tepi laut Merah ,di Jeddah ..sementara menunggu waktu masuk solat fardu dzohor dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengganya
Entry kak jun kalau tadak cerita makan , bukan entry kak jun namanya tu , jadi , penutupan entry Maal Hijrah ini , marilah kita sama-sama menikmati-juadah-sambil-beriadah-ditepi-pantai-laut- Merah- bersama- keluarga- ayah- dan bonda ...
sekali lagi untuk semua , walaupun lambat ( tapi ikhlas ) .. Salam Maal Hijrah 1434H untuk semua .
..lepas baca sila tinggalkan catatan masa yang telah di catat semasa membaca entry ini di kotak komen ( ke komplen ?? ) ..sekian ,. terima kasih !!

2 comments:

Sya said...

Salam Maal Hijrah Jun

ISZA said...

e eh kak jun.. enter frame pun still cover lagi.. huhuhu